teman-temanku

Wednesday, February 29, 2012

Video tergendala | Demam | Game

hey guys! hahaha. baru je aku post pasal video kan? dengan ini secara rasminya aku mengiystiharkan video skate aku tergendala dek kerana demam. About me: aku payah dapat demam, sekali kena, menyungkurlah jawapnye.

nak jadikan cerita aku kena jugak demam, hah, mampos, 3 hari tak pergi kelas termasuk harini, mampos lah aku nak kejar balik pelajaran. dah lah mase aku pergi klinik tu ade perkara kelakar yang berlaku. masuk2 je klinik, ade kakak or makcik tu pandang aku secara sinis/ade kurang ajar sikit. hahaha. dah memang aku pergi klinik nak pergi ambik duit. datang klinik mestilah demam gile. so, tak heran lah muke aku dah macam roti canai. jangan nak padang pelik lah makcik. berpindah kepada cerita seterusnya, dalam bilik doctor tu die check2, sekali tekak aku bengkak plus bernanah sikit. damn, terkejut gile aku. nasib baik doctor tu cakap takde pape. lepas tu kan korang, ubat yang die bagi pun boleh tahan kurang ajar nye. nak2 antibiotik die. hahaha.



nampak tak mereka cuba bunuh aku?hahaha. tapi takpelah, nak baik kan?telan jugaklah.


hah?Game?oooo...tajuk tu? hahaha. masa aku demam takde ape lagi selain bermain permainan video diatas katil berselimut. ada orang sound aku kat twitter, "itu tak lain baring tangan pegang tab main game". hahaha. memang betul. orang tu adalah FW aku. nama die memang mula F pun. hahaha. game yang aku main(baru download) tu adalah Backstab HD dengan BIA2 (brother in arms 2). best woooo...nak sinopsis game tu?haaa...download sendiri. best diot. nak ni aku bagi gambar mengenai game tersenbunt.hahaha.


ni BIA2

yang ni backstab.


haaa....jadi itulah die ye saudara saudari sekalian. aku pun dah tak larat nak type ni haa..doakan supaya aku sihat seperti sedia kala dan kurangkan gile dalam otak ni sikit. Aminnnnn.

-blade or die

Sunday, February 26, 2012

Video project | Lazy Me | USD Carbon III | Don Bambrick

Hey friends! How are you? Me? Im fine and never better than this. Ceh, never better konon, padahal aku tengah di landa penyakit ni, nak tau? Penyakit MALAS. Apa yang malas? Okay, aku cerita.

Sesiapa yang mengikuti perkembangan aku di FaceBook(siapa ntah nak ikut perkembangan aku) mungkin korang akan baca baca satu status aku yang mengatakan bahawa aku akan menghasilkan satu 'skate video' walaupun aku main Rollerblade. Haha. Video tu dah jalan dalam dua minggu dah, tapi bayangkan, baru 16 saat yang siap( total time maybe dalam 2:30 ). Masalahnya bukan aku edit macam pro pro edit video macam KechikGnome. Haaaaa, nak menunjuknya aku ni pemalas. Alah, lagipun assistant camera aku rollerblade die(Aragon4) tak sampai lagi. So, aku tunggu Izzuddin Zaid je ni. So, bukan aku jugaklah kan yang malas. Haha. Nampak tK Melayu di sini? A.L.A.S.A.N. belambak macam Pasir Di Lautan. Haha.

Aku kalau boleh nak siapkan secepat yang mungkin video ni sebab this is the last video for my Razors SL Aragon 4 :'( Hal ini terjadi kerana aku akan menjual A4(Aragon 4) aku kepada another Kuantan Rollerblader iaitu Ahfiq, atau nama FB dia Ahfiq Coco. Haha.

Jadi aku? Haha. That is the best part, memandangkan idola aku adalah Don Bambrick yang semua rollerbladers tahu yang beliau keluar atau dikeluarkan daripada Razors dan berhijrah ke USD Carbon dan kini telah mempunyai model keluaran dengan namanya sendiri iaitu USD Carbon Don Bambrick. Ini telah menimbulkan idea yang aku juga berhijrah ke USD,( cehh cakap macam pro ) bukan apa, setelah aku mencuba Carbon II Azri Haziq, aku mendapati yang aku rasa sangat selesa dengan Carbon tu. Ia sama dengan pendapat yang diberikan oleh Don Bambrick sendiri ( aku pernah chat dengan dia ) yang mengatakan Carbon lebih selesa dan fleksibel berbanding Razors. So, apa salah kalau aku nak berhijrah kepada perjara yang lebih baik kan?

Jadi cakap banyak tak guna, nanti kalau video tu dah siap ( insyaallah ) aku akan pertontonkan di FaceBook aku (Kamil Amir) dan di sini(blog akulah) dan kalau rajin di Twitter aku(@kamil_amir). Jadi, bertemu lagi masa akan datang di blog buruk aku ni. Chow.

-Blade or Die-
-Cool ey?-

Wednesday, February 22, 2012

Keserabutan yang melanda jiwa

Hello! :) dalam keadaan yang serabut masih lagi terlakar senyuman di wajah aku yang tidak cantik(memanglah aku lelaki). So, macam mana dengan life korang? Awesome? Not bad? Or bad? Haha. Masingmasing ada masalah sendirikan.

Aku ni takde lah kepala hotak rasa serabut sangat, tapi cam agaklah. Haha.(mane satu aku ni?).

Pertama serabut dengan kelas yang tak menentu jadualnya, kadangkadang aku dah sampai kolej ni, tibetibe dapat SMS "kelas batal" perasaan tu macam ni: issshhhhuhuhuhaarrggghhhhheeookkkkkeeeppaallleeeeabbbahhkkaauuuuuulaaahhhhh.
Bukan apa, kalau last minute ada kecemasan macam kematian ke kan, cirit birit ke takpe lagi. Ni takde pun bagi sebab apa, bagilah tahu awalawal supaya minyak kenderaan aku tak habis macam tu je.

Yang keduanya, pasal aggressive inline skate aku, hahaha. Serabutnya datang daripada otak yang berusaha meyakinkan untuk membeli USD carbon Don Bambrick yang berharga RM1450. Masalah besar terjadi bila ketiadaan duit. Jadi sgala apa yang boleh jual.

Memandangkan aku update ni pukul 3:08a.m , aku dah tertidue masa type perenggan atas ni. Jadi aku rasa setakat ini sahajalah update aku. Selamat berjaya kawan!

-Blade or Die
-Shred Hard
-Roll KTN city

Monday, February 20, 2012

Laman sosial: Ukur baju di badan sendiri

*moonwalk masuk blog*

Hai korang semua, pagipagi aku dah nak update blog kan. Maklum lah, dah reti update blog menerusi Tablet. Haha. So last year lah aku ni.

** Okay, back to the topic, as you can see up there, the title is not about movie or something related with 'Ombak Rindu'. Its all about the way you choose to be yourself. Tak faham? Memang patut pun, aku pun dah agak pening ni. Haha

Okay, jika anda semua perhatikan di laman sosial FB(FaceBook) ramai pengguna memuat naik gambar mereka tidak kiralah perabadi ataupun berunsur jenaka. Tetapi adakah anda menjadi bangga dengan memuat naik gambar yang sangat tidak sesuai? "apa yang tak sesuainya ya USTAZ?". Amboi menganjing sungguh anda, aku ni bukan Ustaz dan bukan seseorang yang sempurna, cuma ingin menasihati antara sesama insan.

Tidakkah anda berasa malu memuat naik gambar yang agar keterlalauan? Okay, kalau artis tu okay lagi, tapi cuba anda semua fikir dahulu sebelum memuat naik gamvar yang sangat tidak sesuai. Apa yang tidak sesuai? Haaa. Perhatian, maaf jika anda terasa. Sekian.

Antara ciriciri gambar keterlaluan ataupun POYO DAN SYOK SENDIRI:
- Memakai baju ketat yang bercorak 'leapord' sedangkan anda bersaiz anak gajah.
- Mengambil gambar secara dekat tanpa menghiraukan jerawat dan tahi hidung yang tergantung.
- Cuba mendapatkan 'like' yang banyak dengan cara memakai pakaian yang seksi, tidak cukup kain tanpa menghiraukan Dosa.
- Menggunakan teknik 'muncung Donald Duck' untuk cuba mencomelkan diri.
- Cuba menunjukkan sebanyak mana 'lurah berahi' , sebanyak mana peha yang ada dan sebanyak mana luas nya perut dengan menyelak ataupun menggunakan teknik tidak cukup kain.
- Cuba menampakkan diri HOT dengan mencari rakan yang cantik atau bajet cantik untuk bergambar bersama sambil mencium pipi ataupun mulut.
- Cara paling mudah, bergambar di hadapan supermarket yang sangat terkenal (terkenal bagi mereka) dan beraksi seperti seudah menghabiskan puluhan pound sterling untuk membeli belah.

Terdapat banyak pagi contoh orangorang zaman sekarang yang cuba mendapatkan publisiti murahan di laman sosial FB. Harap anda semua dapat elakkan diri daripada melakukan aktiviti yang di sebut di atas mahupun belum disebutkan(fikirlah sendiri mana baik mana buruk) sebelum tindakan bodoh anda hanya akan memburukkan nama anda dan keluarga anda.

Renungrenungkan dan roll for life.

-Blade or Die-

Its about time

Nampak dan ingat lagi Aggressive Inline Skate kesayangan aku ni?



Nampak gayanya aku terpaksa lepaskan jugak Aragon 4 ni untuk menampung perbelanjaan Inline skate yang aku nak beli, USD carbon III.

Siapa siapa yang berminat boleh lah hubungi aku di Facbook Kamil Amir.

Condition 70%-75%.
Calar biasa kerana grind tricks.
Buckle putih, baru guna dua bulan.

hey anda!

Sudah lama aku tak menaip di hadapan blog yang tersayang ni. Bukan sebab apa yang aku tak update, mungkin kerana tahun akhir aku di UCSA (university college shahputra) membuatkan aku tiada masa untuk update sebarang blog.
Memandangkan aku kini menggunakan telefon Android Samsung Galaxy Tab, ia menafikan aku untuk update blog ni, ataupun kalian ada cadangan atau software blogspot untuk android? Kalau ada roger2 lah. hehe.
So, this is it, a short post from me even though its been awhile from my last post. But, earth must keep rotating. bye!

-Blade or Die-