teman-temanku

Wednesday, August 3, 2011

Inilah Lelaki

Inilah lelaki. Tajuk aku tu bukanlah ditujukan kepada aku sahaja, bahkan untuk semua lelaki. Ok, apa kena mengena?

Melalui kajian yang aku telah perhatikan terhadap lelaki-lelaki di Malaysia ni dan itu termasuklah aku sendiri, lelaki adalah sejenis jantina yang mudah BERPUAS HATI dengan apa yang mereka(kami) miliki yang mana sifat berkenaan sangatlah tidak bagus. Berpuas hati tentang apa? Apa yang aku maksudkan di sini adalah sifat berpuas hati terhadap hubungan dengan pasangan.

Contohnya, apabila seorang lelaki telah memiliki pasangan hidup (Girlfriend atau Isteri) yang sangat sayangkan diri mereka(kami), mereka(kami) ini mudah untuk terjerumus ke dalam kotak selesa. Maksudnya? Mereka(kami) akan mengambil mudah terhadap apa-apa masalah,hal atau apa-apa yang berkaitan dengan pasangan mereka(kami). Seperti, mengambil mudah dengan kata-kata atau cadangan yang deberikan oleh pasangannya atau pun yang paling kerap adalah mengabaikan PERASAAN pasangan mereka(kami).

Apabila itu yang terjadi secara automatiknya pihak wanita akan berasa tidak penting,tersisih, atau terasa seperti dipermainkan lalu mengambil tindakan untuk MERAJUK, TAWAR HATI,PROTES,MENGAMUK DAN PALING TERUK LAGI, MEMUTUSKAN HUBUNGAN MEREKA. Dan apabila ini yang terjadi, lelaki kebiasaannya akan menyalahkan pihak kaum hawa kerana mereka terlalu ‘Manja’. Hanya sesetengahnya akan sedar kesilapannya.

Untuk kaum hawa pula, jika perkara ini berlaku terhadap kalian, tolonglah beri peluang kepada mereka(lelaki) untuk berubah(yang lelaki bebal tu lantakkan aje). Kerana aku pasti, kami kaum Adam sangat Sayangkan kamu, Cuma mungkin kami terleka dengan ‘kepuas hatian’ kami ini.

Peluang yang sudah diberi janganlah lelaki(aku pun) mengambil mudah. Sebaliknya ambil peluang yang telah diberikan itu untuk berubah. Belajarlah dari kesilapan lampau. Jangan nak jadi bebal. J. Berusahalah untuk berubah menjadi insane yang lebih baik.

Kepada kaum lelaki yang tidak pernah melakukan perangai seperti ini janganlah berasa selamat atau selesa, jadikan kajian aku ini sebagai sempadan untuk menjaga keharmonian hubungan masing-masing.

Aku juga pernah melakukan perakara seperti ini, jadi marilah kita berusaha mengubah diri menjadi insan yang penuh dengan kasih,sayang dan toleransi.

Kamil Amir, 4/8/2011. Skatianakmalya.blogspot.com

2 comments: