teman-temanku

Sunday, August 21, 2011

Terima Kasih

hey,bloggers! hey readers! this post is all about YOU. "me?why me this guy is soo fucking gay!". hahaha..wait, it's true,this post is all about you FOLLOWERS and READERS out there. 'tanpa kamu siapalah diri saya ini' macam artis laa sayyal.

i would like to thank to all the readers out there because reading and keep reading my blog. yeah, i know that my blog isn't beautiful. for me the more simple the blog, the easier reader can read. am i right? :D

so, taknak cakap banyak, terima kasih dah, "terima kasih je?" haalaaaahhhh..datang lagi poser ni, terima kasih lah, takkan aku nak belanja korang makan roti canai setiap orang, kopak lah aku.

haaaa...kepada pembaca di luar sana TERIMA KASIH sangat2 hanya Allah SWT dapat membalasnya. ALLAH SELAMATKAN KAMU.


37 fakta tentang lelaki.(wanita sila ambil pertian) :D

fakta ni aku ambik dekat satu blog, tetapi ada yang telah aku perbetulkan( aku tambah fakta bab aku) hahaha..so, wanita, enjoy, anda memerlukan ini!
  1. Lelaki biasanya tidak terpikat terhadap wanita disebabkan mereka cantik, tetapi mereka lebih mudah terpikat terhadap personaliti dan ketrampilan seseorang itu.
  2. Lelaki amat bencikan lelaki lain yang cuba untuk menggoda kekasih mereka.
  3. Apa yang sedang awak lakukan? atau Awak dah makan ke belum? adalah merupakan soalan paling kerap akan ditanya ketika mereka menelefon seorang wanita.
  4. Lelaki akan sibuk dengan pekerjaan mereka sepanjang hari, tetapi sebelum tidur, pasti mereka akan memikirkan mengenai wanita yang mereka benar-benar sayang.
  5. Apabila lelaki benar-benar sayang terhadap seorang wanita, mereka akan mengabaikan semua karakter negatif yang ada pada wanita tersebut.
  6. Lelaki akan membuat seribu satu kesimpulan sekiranya seorang wanita senyum kepada mereka.
  7. Lelaki sanggup melakukan apa saja untuk mendapatkan perhatian daripada seorang wanita.
  8. Lelaki amat benci apabila wanita menceritakan mengenai kisah bekas teman lelaki mereka.
  9. Seorang lelaki mampu menyukai wanita untuk seminit, kemudian terus melupakan mereka.
  10. Apabila seorang lelaki bersedia untuk berjumpa ibubapa kekasih mereka, ini menunjukkan mereka benar-benar serius.
  11. Lelaki juga akan menangis.
  12. Lelaki akan lebih untuk berusaha memikat wanita yang menolak cinta mereka, ini adalah kerana mereka sukar untuk menerima kekalahan.
  13. Jangan sesekali memberikan mereka mesej tergantung seperti “Ada sesuatu nk bgtau awak ni…. erm… tapi takpela”. Mereka akan membuat seribu satu andaian dan akan berusaha untuk mendapatkan jawapan.
  14. Lelaki akan teruja apabila mendapat sentuhan yang tidak diduga.
  15. Lelaki akan menjadi gagap apabila bercakap dengan wanita yang mereka suka.
  16. Apabila wanita menyatakan tidak, hati lelaki akan menyatakan ‘ok…. takpe…. cuba lagi esok..’
  17. Lelaki amat sayang ibu mereka.
  18. Lelaki sanggup mengorbankan makan tengahari mereka semata-mata ingin memberikan wanita beberapa kuntum bunga ros.
  19. Lelaki amat sukar untuk difahami melainkan anda seorang pendengar yang setia.
  20. Adalah lebih baik anda menguji seorang lelaki itu terlebih dahulu sebelum mempercayainya. Tetapi, pastikan ia tidak mengambil masa yang terlalu lama.
  21. Lelaki lebih bersikap terbuka untuk menceritakan hal peribadi mereka.
  22. Lelaki amat suka apabila wanita yang menentukan pemakaian mereka.
  23. Lelaki tidak suka kekasih mereka mempunyai hubungan dengan orang lain terutamanya kawan lelaki.
  24. Apabila lelaki membelikan hadiah kepada wanita, mereka amat risau sekiranya hadiah yang mereka berikan tidak disukai.
  25. Lelaki lebih banyak berfikir.
  26. Imaginasi lelaki tiada had. Mereka mampu untuk membayangkan apa sahaja.
  27. Ketinggian wanita adalah tidak penting, apa yang lebih penting adalah berat mereka.
  28. Sukar untuk lelaki untuk melepaskan kekasih mereka terutama apabila sudah bercinta melebihi 3 tahun.
  29. Lelaki tidak sukakan wanita yang materialistik.
  30. Lelaki memiliki semangat yang kuat untuk berubah dan ianya perlu sokongan yang kuat daripada kekasih mereka.
  31. Apabila lelaki menceritakan sesuatu yang serius, berikan perhatian yang sepenuhnya. Ia amat penting.
  32. Lelaki lebih gemarkan wanita yang pandai memasak.
  33. Jangan sombong, kerana ia akan membuatkan lelaki berusaha untuk memalukan anda.
  34. Lelaki belajar mengenai cinta melalui pengalaman, bukan seperti wanita yang belajar mengenai cinta melalui novel yang mereka baca.
  35. Lelaki paling tidak suka kekasih mereka keluar bersama lelaki lain berdua walaupun hubungan mereka hanya sekadar kawan.
  36. Lelaki akan memaafkan kesalahan yang pertama dibuat, tetapi bukan untuk kesalahan yang kedua.
  37. Lelaki tidak suka wanita yang terlampau mengada-ngada.


Friday, August 19, 2011

Perkara yang LELAKI dan PEREMPUAN perlu tahu

Lelaki perlu tahu yang perempuan:

1. Sensitif : Bukan bermaksud suka merajuk, tapi hanya ingin bermanja dan mendapatkan perhatian.

2. Cerewet : Bukan bermaksud FUSSY tak tentu hala, kadang ingin LELAKI mengikut kata-katanya sekali sekala.

3. Halus : Ibarat sehelai sutera, cantik, mulus, lembut dan mudah tercarik dan koyak. Walaupun seorang wanita memaafkan seseorang yang lain atas sebab sesalahan, biasanya WANITA akan ingat kesalahan tersebut untuk disimpan jadi pengajaran. Bukan DENDAM.

4. Ikhlas : Ikhlas seorang wanita tak perlu diragui.

5. Korban : WANITA sanggup berkorban apa saja untuk seseorang yang amat disayangi, termasuk ibu bapa, anak-anak dan suami. WANITA amat tabah.

6. Prihatin : Sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling dalam diam.

7. Manja : Walaupun dia adalah seorang WANITA yang pandai berdikari, naluri seorang WANITA masih lagi tetap seorang WANITA. Suka bermanja bukan hanya kepada insan yang bernama LELAKI , namun juga sesama kaum.

8. Ego : WANITA yang terlalu sayangkan kekasihnya sanggup menolak ketepi EGOnya apabila bersemuka dengan yang dicintai.

9. Cinta : CINTA pertama bagi wanita adalah yang paling dalam dan tulus.

10. Seks : SEKs bukanlah segala-galanya buat WANITA kerana WANITA diciptakan dengan 9 nafsu dan satu akal. NAFSU yang banyak dan tidak tertumpu kepada satu saja. LELAKI pula dijadikan dengan 9 akal dan satu nafsu. Fungsi lelaki adalah membimbing WANITA dan bukanmenghanyutkann ya.

“Peranan LELAKI dalam kehidupan WANITA adalah sebagai pelindung dan bukan sebagai pemusnah. WANITA diciptakan oleh ALLAH swt dari tulang rusuk kiri dan untuk dipeluk dan dimanja, bukan untuk dikasari. Maka lelaki haruslah memahami HATI dan PERASAAN WANITA”

Perempuan juga perlu tahu yang lelaki:

1. Lelaki juga boleh menjadi seseorang yang begitu sensitif dan mengambil berat (prihatin).

2. Jika seseorang lelaki meminati wanita, wanita itu tak semestinya cantik. Cukup dengan budi bahasa dan kesopanan yang tinggi. Malah lelaki boleh menyukai wanita yang mempunyai banyak persamaan dengannya samada dari segi pemikiran atau minat. Oleh itu, banyak yang boleh dibualkan atau dikongsi bersama.

3. Kebanyakan masa, lelaki sebenarnya tidak mengetahui perasaan sebenar yang dirasakan oleh seorang wanita.

4. Lelaki boleh menerima penolakan dengan baik.

5. Lelaki cuba menonjolkan sikap kelakiannya untuk menambat hati wanita…

6. Lelaki memang dilahirkan dgn perasaan yg kuat terhadap wanita..sebab itu mereka suka melihat wanita, menjeling wanita dan menonton Baywatch! Atau mencuci mata di tepi pantai atau swimming pool.

7. Kebanyakan lelaki resah bila berhadapan dengan situasi ingin mengajak wanita keluar kali pertama!

8. Lelaki cuba meniru gaya selebriti atau berlagak macho hanya kerana ingin memikat hati wanita.

9. Bila lelaki cakap..”Emm. tengoklah dulu”..itu seringkali bermaksud dia berkata tidak atau kurang setuju.

10. Bila lelaki cakap direct to the point dalam sesuatu hal, dia sebenarnya ingin bersikap jujur dan berterus-terang dan mengharapkan wanita memahami maksudnya.

11. Kebanyakan lelaki yang nampak ‘desperate’, datang dari sekolah all boys!

12. Adalah biasa lelaki cemburu terutamanya apabila perempuan asyik menyebut nama lelaki lain.

13. Lelaki tak boleh belajar kesemuanya pasal perempuan dari library atau buku semata2. Oleh itu mereka selalu keliru dengan sikap perempuan..dan tak faham kenapa perempuan bersikap begitu begini…

14. Kadang2 lelaki perlu mengetahui lebih mendalam tentang bagaimana berhadapan dengan perempuan supaya hubungan dapat berjalan dengan lebih baik.

15. Betapa hebatnya lelaki itu bersikap romeo dan ‘flirting’ dengan ramai wanita..dia tetap hanya ada seorang teman wanita yang istimewa…yang lain hanya kawan..:)

16. Bila lelaki tertengok dada wanita dan wanita itu menyedari…maafkan saja. Kebanyakan lelaki tak sengaja….Mereka merasakan kejadian wanita itu begitu indah!

17. Bila sesuatu hubungan putus di tengah jalan, lelaki juga rasa bersedih..cuma dia tak menunjukkannya kesedihannya di depan orang.

18. Bila seorang perempuan meminati seorang lelaki, perempuan itu patut bagi hint! Mana tau lelaki itu juga menaruh minat. Senang usahanya nanti…

19. Adalah memalukan bagi lelaki jika tak berupaya menolong wanita.

20. Kebanyakan lelaki cukup lemah dgn air mata perempuan. Mereka lebih tewas sekiranya air mata itu mengalir dari perempuan yg dikasihi. Sebab itu dikatakan air mata senjata perempuan.

Lelaki bukanlah sempurna 100%, walau bagaimanapun rupanya atau pandangan luarannya. Jadi, perempuan janganlah mengharapkan semua yang hebat dari lelaki! Mereka juga normal dan mempunyai kelemahan!

Wednesday, August 3, 2011

Inilah Lelaki

Inilah lelaki. Tajuk aku tu bukanlah ditujukan kepada aku sahaja, bahkan untuk semua lelaki. Ok, apa kena mengena?

Melalui kajian yang aku telah perhatikan terhadap lelaki-lelaki di Malaysia ni dan itu termasuklah aku sendiri, lelaki adalah sejenis jantina yang mudah BERPUAS HATI dengan apa yang mereka(kami) miliki yang mana sifat berkenaan sangatlah tidak bagus. Berpuas hati tentang apa? Apa yang aku maksudkan di sini adalah sifat berpuas hati terhadap hubungan dengan pasangan.

Contohnya, apabila seorang lelaki telah memiliki pasangan hidup (Girlfriend atau Isteri) yang sangat sayangkan diri mereka(kami), mereka(kami) ini mudah untuk terjerumus ke dalam kotak selesa. Maksudnya? Mereka(kami) akan mengambil mudah terhadap apa-apa masalah,hal atau apa-apa yang berkaitan dengan pasangan mereka(kami). Seperti, mengambil mudah dengan kata-kata atau cadangan yang deberikan oleh pasangannya atau pun yang paling kerap adalah mengabaikan PERASAAN pasangan mereka(kami).

Apabila itu yang terjadi secara automatiknya pihak wanita akan berasa tidak penting,tersisih, atau terasa seperti dipermainkan lalu mengambil tindakan untuk MERAJUK, TAWAR HATI,PROTES,MENGAMUK DAN PALING TERUK LAGI, MEMUTUSKAN HUBUNGAN MEREKA. Dan apabila ini yang terjadi, lelaki kebiasaannya akan menyalahkan pihak kaum hawa kerana mereka terlalu ‘Manja’. Hanya sesetengahnya akan sedar kesilapannya.

Untuk kaum hawa pula, jika perkara ini berlaku terhadap kalian, tolonglah beri peluang kepada mereka(lelaki) untuk berubah(yang lelaki bebal tu lantakkan aje). Kerana aku pasti, kami kaum Adam sangat Sayangkan kamu, Cuma mungkin kami terleka dengan ‘kepuas hatian’ kami ini.

Peluang yang sudah diberi janganlah lelaki(aku pun) mengambil mudah. Sebaliknya ambil peluang yang telah diberikan itu untuk berubah. Belajarlah dari kesilapan lampau. Jangan nak jadi bebal. J. Berusahalah untuk berubah menjadi insane yang lebih baik.

Kepada kaum lelaki yang tidak pernah melakukan perangai seperti ini janganlah berasa selamat atau selesa, jadikan kajian aku ini sebagai sempadan untuk menjaga keharmonian hubungan masing-masing.

Aku juga pernah melakukan perakara seperti ini, jadi marilah kita berusaha mengubah diri menjadi insan yang penuh dengan kasih,sayang dan toleransi.

Kamil Amir, 4/8/2011. Skatianakmalya.blogspot.com

Monday, August 1, 2011

Ehem Ehemm..

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN.

Jangan Marah Aku.

Aku Takut Kalau Kena Marah.

kadang aku terfikir, kenapa aku yang kena hadap masalah dan perasaan yang macam ni.kenapa?
aku selalu mengimpikan hidup yang bahagia, tapi tu lah, takde hidup manusia yang sentiasa bahagia. betul tak?.
aku dah terlampau banyak memendamkan perasaan. orang tengok aku happy, tapi dalam hati?
orang cakap jangan nak fikirkan sangat. tapi aku takkan fikir kalau perkara tu tak penting.
aku selalu impikan orang-orang yang aku sayang tau yang aku terasa ke, rasa cam nak nangis ke sebab aku memang dah banyak pendam. aku mengharapkan orang-orang yang aku sayang tahu perasaan aku. tapi tu lah, manusia bukan boleh baca hati. jadi aku tak salahkan sesiapa yang tak memahami aku.
memang aku ada buat salah dan bila aku dah sedar tolong bagi aku peluang untuk berubah dan aku memang akan berubah.
boleh tak aku nak cakap aku betul-betul takut kalau dimarahi oleh yang aku sayang.
Ibu ke,Abah ke,Kakak2 aku ke, malah sayangku Wany.
kadang rasa macam budak kecil yang dimarahi oleh ibunya.
macam pondan?bukan lah, aku dah banyak memendam perasaan dari sekolah menengah lagi. kadang-kadang aku tak tahan jugak, tapi apa lah daya aku nak melawan.
aduh, lagi di tulis lagi la sedih rasa.
opppsss, jangan salah faham ye kawan2, post ni bukan aku nak burukkan sape2, nak2 family aku and aku tak cakap Wany a.k.a. GF aku tu teruk. mereka2 ni dah cukup sempurna bagi aku. yes mereka tak sempurna, tapi sudah cukup sempurna untuk mengisi hidup aku.

aku sayang family aku.
aku sayang Syazwani Amalina.
xoxo