teman-temanku

Saturday, February 5, 2011

UTUSAN KERAMAT

Seminggu sudah berlalu, ia bermakna bahawa cuti seminggu yang di peruntukkan oleh Kolej kepada para pelajar sudah pun tamat. Begitu juga dengan aku, kembali kepada dunia Normal atau erti kata lain ‘skema’.

Meninggalkan kereta dan dengan bersahaja kembali menunggang motosikal 135Lc ku. Aku ketawa sendirian oleh kerana ayatku sepeti novel kanak-kanak sekolah rendah. Tetapi aku tidak menyesalinya, akan aku asah bakatku dalam bidang penulisan kanak-kanak era 90’an. Aku tertawa sendirian skali lagi.

Jadi hari ini kemungkinan hari terakhir aku bertandang ke Skatepark disebabkan kemungkinan aku akan bercuti panjang dari arena Sukan Ekstrem ini dek kerana jadual kelas ku terlampau padat seperti karipap.

Jadi sekian sahaja kiriman ku untuk kali ini. Salam setem 20 sen dari ku.

YANG TULUS IKHLAS,

KAMIL .

2 comments: