teman-temanku

Tuesday, December 28, 2010

AFF SUZUKI CUP 2010

Ok, sekarang ni memang tengah hot cerita pasal perlawanan bola piala Suzuki ni. Final Malaysia vs Indonesia dan pusingan pertama telah pun di menangi oleh Malaysia yang mengalahkan Indonesia 3-0. tetapi pelbagai isu timbul dek kerana kekalahan pasukan Negara jiran, iaitu Indonesia. Mereka melemparkan pelbagai isu dan ketidak puasan hati mereka. Seharusnya mereka patut menerima kekalahan mereka. Malaysia juga pernah mengalami zaman bodoh bola, asyik-asyik kalah dengan pasukan lawan. Tapi tak da sampai nak bakar bendera lah, apa lah. Tapi apa yang nak aku cakap sebenarnya kita tak patut bertelagah sesame sendiri pasal isu ni, Malaysian kena matang, dan Indonesian pun kena matang. Aku berkata sedemikian sebab Malaysia dengan Indonesia ni serumpun je. Jiran pulak tu, jangan la gaduh-gaduh. Aku pun mempunyai rakan di Indonesia dan mereka baik je dengan aku. Jadi janganlah hanya kerana bola sepak kita nak bermusuh dan bertelagah sesame sendiri.


Malaysia vs Indonesia.

Aku harap final pusingan kedua berjalan dengan lancar, may the best team win. Janganlah pakai laser, aku cakap untuk kedua-dua pihak. Tingkatkan semangat kesukanan. No laser and no ‘coli berlampu’.haha..itu kelakar.


Pasukan Malaysia.

For team Malaysia, semoga mengecapi misi korang. Tunjukkan permainan bertenaga dan cantik. Bawa pulang piala tu. Make Malaysia proud!


Pasukan Indonesia.

And the Indonesia football team, korang pun apa kurangnya, berusahalah. Janganlah timbul isu yang boleh mencemarkan persahabatan antara Malaysia dan Indonesia.

May the best team win

No comments:

Post a Comment