teman-temanku

Sunday, February 26, 2012

Video project | Lazy Me | USD Carbon III | Don Bambrick

Hey friends! How are you? Me? Im fine and never better than this. Ceh, never better konon, padahal aku tengah di landa penyakit ni, nak tau? Penyakit MALAS. Apa yang malas? Okay, aku cerita.

Sesiapa yang mengikuti perkembangan aku di FaceBook(siapa ntah nak ikut perkembangan aku) mungkin korang akan baca baca satu status aku yang mengatakan bahawa aku akan menghasilkan satu 'skate video' walaupun aku main Rollerblade. Haha. Video tu dah jalan dalam dua minggu dah, tapi bayangkan, baru 16 saat yang siap( total time maybe dalam 2:30 ). Masalahnya bukan aku edit macam pro pro edit video macam KechikGnome. Haaaaa, nak menunjuknya aku ni pemalas. Alah, lagipun assistant camera aku rollerblade die(Aragon4) tak sampai lagi. So, aku tunggu Izzuddin Zaid je ni. So, bukan aku jugaklah kan yang malas. Haha. Nampak tK Melayu di sini? A.L.A.S.A.N. belambak macam Pasir Di Lautan. Haha.

Aku kalau boleh nak siapkan secepat yang mungkin video ni sebab this is the last video for my Razors SL Aragon 4 :'( Hal ini terjadi kerana aku akan menjual A4(Aragon 4) aku kepada another Kuantan Rollerblader iaitu Ahfiq, atau nama FB dia Ahfiq Coco. Haha.

Jadi aku? Haha. That is the best part, memandangkan idola aku adalah Don Bambrick yang semua rollerbladers tahu yang beliau keluar atau dikeluarkan daripada Razors dan berhijrah ke USD Carbon dan kini telah mempunyai model keluaran dengan namanya sendiri iaitu USD Carbon Don Bambrick. Ini telah menimbulkan idea yang aku juga berhijrah ke USD,( cehh cakap macam pro ) bukan apa, setelah aku mencuba Carbon II Azri Haziq, aku mendapati yang aku rasa sangat selesa dengan Carbon tu. Ia sama dengan pendapat yang diberikan oleh Don Bambrick sendiri ( aku pernah chat dengan dia ) yang mengatakan Carbon lebih selesa dan fleksibel berbanding Razors. So, apa salah kalau aku nak berhijrah kepada perjara yang lebih baik kan?

Jadi cakap banyak tak guna, nanti kalau video tu dah siap ( insyaallah ) aku akan pertontonkan di FaceBook aku (Kamil Amir) dan di sini(blog akulah) dan kalau rajin di Twitter aku(@kamil_amir). Jadi, bertemu lagi masa akan datang di blog buruk aku ni. Chow.

-Blade or Die-
-Cool ey?-

No comments:

Post a Comment